Senin, 06 Februari 2012

SEJARAH RINGKAS TIMBULNYA KONSEP IMAN DAN KUFUR

Perbincangan tentang iman dan kufur ini timbulnya pada masa pemerintahan Ali Ibn Abi Talib. Pada waktu itu terjadi pertempuran antara Saidina Ali dengan Mu’awiyyah Ibn Abi Sufyan. Mu’awiyyah adalah gabenur Damaskus yang tidak setuju pemerintahan Saidina Ali. Pertempuran ini terkenal dengan peperangan Siffin (659 M.). Ketika pasukan Saidina Ali hampir memenangi pertempuran tersebut, pembantu kanan Mu’awiyyah, ‘Amr Ibn Al-‘As yang terkenal sebagai orang licik, meminta berdamai dengan mengangkat al-Quran ke atas. Qurra yang ada di pihak Saidina Ali mendesak Saidina Ali supaya menerima tawaran itu, dan dengan demikian dicarilah perdamaian dengan mengadakan pengantara (arbitrasi). Sebagai pengantara dilantik dua orang, iaitu:- ‘Amr Ibn Al-‘As di pihak Mu’awiyyah dan Abu Musa al-Asy’ari dari pihak Ali. Kesimpulan dari arbitrasi tersebut merugikan pihak Ali dan menguntungkan pihak Mu’awiyyah, lalu Mu’awiyyah dengan sendirinya dianggap menjadi khalifah tidak rasmi. Sebahagian dari pengikut Ali tidak setuju dengan pengantara (arbitrasi) tersebut, dan kerana itu mereka meninggalkan barisan Saidina Ali. Golongan mereka inilah dalam sejarah Islam terkenal dengan nama Khawarij. Dengan demikian, gambaran
dari persoalan-persoalan politik inilah akhirnya membawa kepada timbulnya persoalan teologi.
Golongan Khawarij ini memandang bahawa Saidina Ali, Mu’awiyyah, ‘Amr Ibn al-‘As, Abu Musa al-Asy’ari dan lain-lain yang menerima arbitrasi itu adalah kafir, kerana mereka semuanya tidak kembali menetapkan hukum kepada al-Quran seperti yang dimaksudkan oleh firman Allah dalam surah al-Maidah, 5: 44:
Maksudnya:
"Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir."
Dari ayat inilah mereka mengambil semboyan la hukma illa lillah kerana keempatempat pemuka Islam di atas telah dipandang kafir dalam erti bahawa mereka telah keluar dari Islam, iaitu murtad. Mereka mesti dibunuh. Yang dipandang kafir bukan lagi hanya orang yang melakukan dosa besar, iaitu murtakib al-kabair. Persoalannya ialah, masihkah dia mukmin ataukah dia menjadi kafir, kerana melakukan dosa besar?
Dengan demikian, dari persoalan inilah menimbulkan akhirnya lahir aliran-aliran baru ilmu al-kalam di samping Khawarij. Aliran-alirannya adalah Murjiah, Mu’tazilah, Asy’ariyyah dan Maturidiyyah.

Harun Nasution, 1986, Teologi Islam: Aliran-aliran Sejarah Analisa Perbandingan, Jakarta: UI-Press

0 komentar:

Posting Komentar